Dari Sg. Dulang pergi pula ke Parit 21, Batu 13, Hutan Melintang. Disitu bertanya pula kepada seorang pekedai basikal yang dikenali dengan nama Bong Hu. Bong Hu telah menunjukkan tempat tinggal Keng Ha. Akan tetapi sebenarnya Keng Ha telah meninggal dunia.
Dari situ pencarian dijalankan dan setelah bertanya kepada dua perempuan Cina didua rumah yang berdekatan, maka ditemuilah rumah tersebut, iaitu No. 15, Lorong Teratai 3, Taman Desa Bersatu, 36400 Hutan Melintang. Pertemuan kedua-dua ibu dan anak tersebut telah berlangsung pada 5.20 petang hari Sabtu, 8hb. Jun, 1997. Turut serta dalam pertemuan itu ialah emak mertua Noor’aini iaitu Mariyam.