©Dan OsmanHAMDANI BIN OSMAN

Tarikh lahir/Birth date :12 Febuari 1960 (tetapi mengikut cerita ibu yang melahirkan, tarikh sebenar ialah tengahari Isnin 11 Syaaban Tahun 1379 Hijrah (8 Febuari 1960)
Tempat lahir/Birth place : Kg. Baru, Batu 16, Hutan Melintang, Perak
Nama bapa/Father's name :OSMAN BIN HAJI SIDEK
Nama ibu/Mother's name : MARIYAM BINTI SARIJAN
Sekolah/School : Sek Keb Kg. Baru, Batu 16, Sg. Sumun, Perak (1967-1972); Sek Men Khir Johari Sg. Sumun, Perak (1973-1977)
Pekerjaan/Occupation : Kilang/Factory - CCM SDN. BHD. Hutan Melintang, Perak (1979); Pemasang kereta/Car Assemble - ASSB SDN. BHD. Shah Alam, Selangor (1980-1981); Draughtsman - PERUNDING BERSATU SDN. BHD. Ipoh, Perak (1981); Pelukis Pelan/Draughtsman - JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN HILIR PERAK, Teluk Intan, Perak Darul Ridzuan (1982 - Sekarang)
<< Semasa Tingkatan 3 Tahun 1975
(Melangkah kealam remaja) Sekolah Menengah Khir Johari, Sg. Sumun, Perak. Mula memasuki sekolah menengah pada tahun 1973 dalam Ting. 1A1, Ting. 2A1 tahun 1974, Ting. 3A1 tahun 1975 dan Ting. 4 & 5 Sain Tulin pada tahun 1976/77.






Tingkatan 3A1 / 1975 >>
Barisan belakang dari kiri: SEGARAN, PERIASAMY, DHARMARAO, MISNON, KUMARASAMY, BURHANUDDIN, IBRAHIM, ABD AZIZ (PKD), JAAFAR, VENGKETESWARARAO, HAMDANI, SAIFUL ANWAR, NORDIN, NASARUDDIN, HALIM, MOKHTAR. Barisan tengah dari kiri: MAHMUD, ZURAIDAH, AMINAH, ISMIRAH, ROSNAH, ASMAIYAH, WANIDHA, NORIAH, AZIZAH, SALMAH, ARMIATY, SALMAH, NORMAH, SELVARAJ. Barisan depan dari kiri: ZAHARAH AINI, NORIAH, KHADIZAH (PKD), EN. ARIF B OSMAN (GB), RAMLI (KD), PUAN RAMLAH BT MAT ISA (GT), MARY ROSALIN, KEE MOI LIANG, RODZIAH.



<< Tingkatan 4-5 Sains Tulin / 1976-77
Barisan belakang dari kiri: ABD HALIM, MOHD JAMIL, KHIREL AZMAN, YUSOF, BADARUDDIN, MAHMUD, PERIASAMY, DAUD, HAMDANI. Barisan tengah dari kiri: KEE MOI LIANG, MOHD ISA, KHAIRUDDIN, SAHROLLAIL, IBRAHIM, KHAIRUDDIN, ABD AZIZ (KD), MOHD KASIM, HALIM, ZURAIDAH. Barisan hadapan dari kiri: ROZIAH, RUSLINA, MARY ROSALIN, KHADIZAH (PKD), PUAN HOPE HO DUA THIAM (GT), SANIYAH, SALMAH, NORASIAH, AINON MARZIAH


Dalam Kilang >>
Coconut Corporation M'sia Sdn Bhd (CCM) Hutan Melintang, Perak. Saya berdiri no.3 dari kiri. Kilang ini mengeluarkan kelapa parut kering (desiccated coconut) dan kerim santan yang digunakan untuk campuran makanan-makanan tertentu. Mula bekerja pada Oktober 1978. Dalam kilang ini tugas saya ialah memasukkan kelapa yang telah dikupas kulitnya kedalam mesin pemarut kelapa dan memasukkan kelapa yang telah diparut tadi kedalam mesin pengering. Apabila kilang tersebut menghadapi masaalah penurunan pengeluaran saya pun berhenti kerja pada Oktober 1979.


<< Dalam Assembly Service Sdn Bhd (ASSB) di Shah Alam, Selangor. Saya no.3 dari kiri. Mula berkerja dengan syarikat ini pada November 1979. Syarikat ini memasang kereta-kereta jenis Toyota, Daihatsu, Audi dan Mercedes. Dalam kilang syarikat ini saya memasang bumper, lampu depan dan belakang, wayar-wayar 'wiring' dan kanvas siling (headlining) untuk kereta Toyota Corolla DX "The Legend Reborn". Saya berhenti kerja pada Oktober 1981 apabila mendapat tawaran sebagai Trainee Draughtsman di Ipoh.


Bertugas sebagai Draughtsman >>
dalam Perunding Bersatu Sdn Bhd (PBS) di Ipoh, Perak. Mula bekerja dengan syarikat perunding kejuruteraan ini pada November 1981. Sepanjang saya bertugas, syarikat ini sedang menyediakan pelan-pelan kejuruteraan untuk Projek Taman Meru Fasa 1, Ipoh. Saya berhenti daripada syarikat ini pada Oktober 1982 untuk berkhidmat dengan Jabatan Parit dan Taliair, Daerah Hilir Perak.


<< Mula berkhidmat sebagai Pelukis Pelan/Tukang Pelan Tingkatan Biasa
dalam Jabatan Parit dan Taliair (JPT) Hilir Perak pada November 1982. Jabatan ini dahulunya disebut sebagai Department of Irrigation and Drainage (DID) atau Jabatan Parit dan Taliair (JPT) dalam Bahasa Melayu. Tetapi nama tersebut ditukar menjadi Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) pada tahun 1992 untuk memberi pengertian yang lebih tepat mengenai jabatan ini. Manakala jawatan saya ditukar menjadi PELUKIS PELAN J7 mengikut Sistem Saraan Baru (SSB).